Menurut BERNAMA, Syarikat-syarikat insurans dan pengendali Takaful akan terus beroperasi untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) menggalakkan orang ramai menggunakan platform digital untuk berkomunikasi dengan semua penanggung insurans dan pengendali Takaful bagi membendung pandemik COVID-19.
Dalam kegetiran melawan wabak virus Covid-19, ramai yang keliru sama ada perlukah ambil Insurans atau Takaful dalam keadaan sekarang ini? Bila kerajaan umumkan moratorium; penangguhan bayaran pinjaman bank selama 6 bulan, ditambah pula pengeluaran KWSP akaun 2 selama setahun, kita dapat jangkakan yang situasi kian meruncing.
Sekarang semua orang berada di zon penularan wabak Covid-19 yang tidak tahu penghujungnya, dan kita juga di jangkakan akan berlaku kemerosotan ekonomi.Maka saya nasihatkan anda semua agar ambil langkah berjimat cermat, dan makan untuk kenyang dan sihat sahaja. Prioriti saya adalah, keperluan asas; makan minum, bills, dan Takaful of course.
Oh ya, perlukah ambil takaful ketika Covid-19 ni?
Jawapan saya adalah YA!
Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ni, saya sangat tak boleh tambah beban family kalau tiba-tiba jatuh sakit. Jadi takaful saya, suami dan anak-anak tidak boleh tidak, mesti terus survive. Ini satu-satunya back-up plan saya.
Takaful tidak akan menjadikan anda kaya raya, tetapi memastikan keluarga anda tidak terbeban dengan ketiadaan anda!
Hanya caruman serendah RM3 sehari, anda mampu wujudkan tabung kecemasan RM50,000 yang akan berada bersama-sama anda di mana sahaja anda berada.
Tahukah anda, jika anda pernah di diagnose positif Covid-19, dan jika anda masih tiada lagi medical card atau life coverage, peluang untuk anda apply takaful pada masa akan datang amat tipis!
Sementara masih sihat dan kuat, ambil takaful. Bukan untuk saya, tapi untuk anda dan orang tersayang anda.
No comments:
Post a Comment