Assalamualaikum dan Hi,
Penggantian Pendapatan (Income Replacement)
Satu pelan yang berfungsi untuk menggantikan pendapatan jika anda tidak mampu lagi bekerja kerana cacat kekal atau menghidap penyakit kritikal. Pelan ini juga berfungsi sebagai penggantian pendapatan kepada individu yang anda tanggung (seperti pasangan dan anak-anak) apabila berlaku kematian.
Pelan yang sesuai untuk income replacement adalah pelan hayat takaful atau simpanan anda sendiri (jika mencukupi).
Bagaimana untuk kira Income Replacement?
Jumlah yang perlu diambil kira adalah 10 tahun pendapatan anda. Jika gaji tahunan adalah RM40,000, maka jumlah income replacement yang perlu diambil adalah RM400,000 (jika tiada simpanan).
Fungsi utama untuk income replacement adalah untuk menanggung perbelanjaan seperti berikut:
1.Perbelanjaan (anak-anak dan pasangan)
2.Bayaran ansuran hutang yang tidak mempunyai insuran
3.Kos pendidikan anak-anak
4. Lain-lain
Perlindungan Pendapatan (Income Protection)
Satu pelan yang berfungsi untuk melindungi pendapatan anda jika menghadapi masalah kesihatan atau kemalangan yang menyebabkan anda terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Pelan ini memastikan pendapatan bulanan anda dilindungi dan tidak diusik apabila anda dimasukkan ke hospital.
Pelan yang sesuai untuk income protection ini adalah kad perubatan (Medical Card) yang disediakan oleh syarikat takaful/insuran atau syarikat anda sendiri.
Adakah Income Protection Sudah Mencukupi?
Jika anda sudah mempunyai kad perubatan, anda sudah melindungi pendapatan anda. Namun, anda perlu pastikan manfaat kad perubatan anda adalah mencukupi untuk memastikan pendapatan anda dilindungi sepenuhnya.
No comments:
Post a Comment