Assalamualaikum dan Hi,
Ramai orang keliru antara life takaful dan medical card. Kebiasaannya, apabila saya buat survey dan FTF, ramai yang kata ada insurans, tapi sebenarnya merujuk kepada medical card. Jadi apa perbezaan antara keduanya? Yang mana lebih penting dan yang mana satu perlu di sediakan dahulu?Secara umumnya, takaful ada dua pelan iaitu:
1. Life Takaful (Takaful Hayat)
2. Medical Card (Kad Perubatan)
Life Takaful
Dikenali juga sebagai INCOME REPLACEMENT ( Ganti gaji kita) jika sesuatu berlaku kepada kita.
1. Pampasan Kematian
Ramai orang menyangka pampasan kematian tidak penting tapi inilah yang paling penting. Sakit belum tentu tapi mati itu pasti. Bagaimana jika:
- ada yang bergantung dengan anda
- ada perut yang lapar jika anda tidak balik rumah dari kerja hari ini
- masih ada hutang yang belum dilangsaikan
- komitmen bulanan yang dikongsi bersama pasangan, yang akhirnya terpaksa di tanggung seorang oleh pasangan anda?
Sudahlah hilang orang tersayang, duit bulanan pula tidak mencukupi. Tambah lagi si suami yang bekerja, isteri pula suri rumah sepenuh masa. Ini lagi hukumnya wajib untuk plan takaful. Jadi anda perlu ambil plan Life Takaful untuk lindungi diri anda dan keluarga anda.
Ramai orang plan untuk melancong, berkahwin, plan benda benda yang happy, tapi lupa untuk plan benda yang pasti. Iaitu MATI.
2. Pampasan Hilang Upaya Menyeluruh Kekal
Pampasan ini antara kedua elemen terpenting dalam plan takaful. Jika anda lumpuh kekal/TPD (total permanent disability), loan rumah dan kereta masih perlu dibayar. Komitmen bulanan mesti dibayar. Namun kemungkinan besar anda sudah kehilangan kerja kerana sudah lumpuh. Oleh itu, jumlah pampasan yang anda perlukan sama seperti pampasan meninggal di atas.
3. Pampasan Penyakit Kritikal
Ramai orang tak sedar apabila seseorang ditimpa penyakit kritikal perkara pertama mereka akan hilang ialah pekerjaan kerana dah tak fit macam dulu. Tak kira anda kakitangan kerajaan atau swasta anda perlukan ini
Sebab apa?
Saya ada melihat dengan mata saya sendiri nurse kerajaan terkena kanser. Medical leave selama 2 tahun kemudian cuti tanpa gaji. Bayangkan tanpa gaji, dahlah kos ubat tinggi. Waktu ini, lagi perlu duit tapi waktu ini pula kena buang kerja. Jadi, di sinilah pampasan penyakit kritikal sangat diperlukan, dapat meringankan sedikit beban keluarga.
4. Waiver
Waiver adalah penepian caruman. Jika anda didiagnose cacat kekal, atau terkena salah satu penyakit kritikal, anda tak perlu lagi membayar plan takaful yang sebelum ini anda bayar setiap bulan. Saya pernah jumpa seorang client, ambil plan 1 juta pampasan meninggal dengan caruman RM600 sebulan. Tapi tiada waiver. Bayangkan, jika beliau kena penyakit kritikal, hilang kerja. Tapi masih kena bayar RM600 sebulan. Kan sangat membebankan. Oleh itu, tolong ambil.
Medical Card
Dikenali juga sebagai INCOME PROTECTION (Lindungi Pendapatan) jika sesuatu berlaku kepada kita.
Medical card sekarang telah menjadi kemestian, tidak kira anda kakitangan kerajaan atau tidak ada beberapa treatment yang tidak dibiayai oleh kerajaan. Itu belum masuk perancangan kerajaan ingin meswastakan keseluruhan perkhidmatan hospital. Ya, maksudnya selepas ini tiada lagi caj hanya RM1-RM2 apabila pergi ke hospital.
Tapi tak mengapa, perkara ini mungkin dimplementasi sepenuhnya 3-10 tahun lagi, anda masih ada masa. Kita kembali ke tajuk, medical card fungsinya untuk membayar bil rawatan anda apabila anda masuk hospital. Tahukah anda? Kos rawatan di hospital sangat mahal.
Lihatlah berapa ramai orang yang bankrap disebabkan hutang rawatan di hospital. Anda rasa kos hospital main main?? Cuba pergi tanya kaunter hospital swasta.
Berapa perlu deposit jika anda tiada medical card. Hampir 1K-10K. Ini deposit sahaja Mengikut kajian, hampir 60% orang bankrap hutang kad kredit ialah kerana ingin membiayai kos hospital.
Jika tiada medical card, kemungkinan semua duit simpanan kita akan habis untuk membiayai kos rawatan. Jika tidak cukup, anda mungkin perlu meminta bantuan dari saudara mara, kawan-kawan, pihak atasan dan sebagainya. Ini baru cerita di hospital, bagaimana pula dengan kos sara hidup bulanan anda?
Mana yang lebih penting?
Life takaful dan Medical card mempunyai kepentingan yang tersendiri dan anda perlu kira bajet dan aset yang anda ada untuk anda lindungi. Bagi pendapat saya, jika anda mempunyai bajet yang agak terhad, sila ikuti langkah di bawah:
Seperti yang di sarankan oleh AIA Public Takaful,
Langkah 1: A-Life Kasih Famili
Pelan life takaful serendah RM1.60 sehari untuk protect anda dan keluarga.
Ambil pelan Life Takaful dahulu, protect diri anda dan keluarga, sediakan income replacement yang secukupnya. Anda tiada pilihan lain, jika sesuatu berlaku kepada anda!
Langkah 2: A-Life Medik Famili
Medical card mampu milik dengan perlindungan sehingga 100 tahun.
Kenapa medical card pilihan kedua? Kerana anda masih ada pilihan untuk ke Hospital Kerajaan. Tapi jika anda tidak mampu bekerja, siapa yang akan tolong anda bayar semua komitmen bulanan anda?
No comments:
Post a Comment