Kenapa orang bujang ambil takaful

Assalamualaikum dan Hi,
Kebiasaanya ramai orang bujang, masih muda akan berfikir panjang tentang keperluan mengambil takaful berbanding dengan mereka yang sudah berkeluarga, apatah lagi yang sudah ada anak kecil. Lalu, apa yang menjadi kepentingan bagi orang bujang ini untuk ambil takaful pada usia muda?
Ini adalah 5 sebab utama kenapa anda, Orang Bujang perlu ambil takaful.

1. KOMITMEN BULANAN RENDAH
Komitmen bulanan anda masih rendah berbanding orang yang sudah berkeluarga kerana anda sendiri yang merancang dan menguruskan kewangan anda sepenuhnya. Anda mungkin masih terikat dengan bebanan hutang pinjaman pelajaran, kereta atau rumah; berbanding mereka yang perlu memikirkan belanja sekolah anak-anak.

2. RISIKO PENYAKIT KRITIKAL
Risiko untuk anda mendapat penyakit kritikal amat rendah, dan caruman anda lebih murah berbanding mereka yang lebih berusia dan berisiko untuk mendapat penyakit. Apatah lagi, bagi mereka yang bekerja di tempat yang berisiko seperti di Hospital yang terdedah dengan pelbagai penyakit yang mudah berjangkit. Imuniti orang muda lebih kuat berbanding mereka yang berusia.

3. RISIKO KEMALANGAN DAN AKTIVITI LASAK
Orang bujang atau orang muda lebih suka membuat pekerjaan yang lebih lasak berbanding mereka yang berusia. Risiko kemalangan adalah amat tinggi. Jika anda adalah seorang rider atau selalu COD barang, anda lebih di galakkan ambil perlindungan takaful kerana risiko di atas jalan raya juga amat tinggi.

4. TABUNG KECEMASAN SEGERA
Ramai orang bujang yang masih tiada simpanan yang mencukupi, sekurang-kurangnya setahun gaji. Tahukah anda, bahawa dengan melanggan polisi takaful, anda sudah menyediakan tabung kecemasan dalam masa yang singkat? Hanya serendah RM3 sehari, anda sudah ada tabung kecemasan RM50,000!!!!

5. MASIH TANGGUNGJAWAB IBU AYAH
Orang yang masih bujang sebenarnya adalah di bawah tanggungjawab ibu ayah. Bayangkan jika sesuatu musibah berlaku kepada anda, dan anda tidak mampu bekerja. Bagaimana anda mahu membalas jasa kedua ibu bapa anda? Siapa yang akan menjaga anda pada ketika itu? Tahukah anda bahawa kematian, kemalangan dan kesakitan adalah benda yang pasti bagi yang hidup. Ini adalah FAKTA. Sediakan payung sebelum hujan.




Perlukah takaful ketika Covid-19


Assalamualaikum dan Hi,
Menurut BERNAMA, Syarikat-syarikat insurans dan pengendali Takaful akan terus beroperasi untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan semasa Perintah Kawalan Pergerakan. Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM), Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) menggalakkan orang ramai menggunakan platform digital untuk berkomunikasi dengan semua penanggung insurans dan pengendali Takaful bagi membendung pandemik COVID-19.

Dalam kegetiran melawan wabak virus Covid-19, ramai yang keliru sama ada perlukah ambil Insurans atau Takaful dalam keadaan sekarang ini? Bila kerajaan umumkan moratorium; penangguhan bayaran pinjaman bank selama 6 bulan, ditambah pula pengeluaran KWSP akaun 2 selama setahun, kita dapat jangkakan yang situasi kian meruncing.


Sekarang semua orang berada di zon penularan wabak Covid-19 yang tidak tahu penghujungnya, dan kita juga di jangkakan akan berlaku kemerosotan ekonomi.Maka saya nasihatkan anda semua agar ambil langkah berjimat cermat, dan makan untuk kenyang dan sihat sahaja. Prioriti saya adalah, keperluan asas; makan minum, bills, dan Takaful of course.

Oh ya, perlukah ambil takaful ketika Covid-19 ni?

Jawapan saya adalah YA!
Dalam keadaan ekonomi yang tak menentu ni, saya sangat tak boleh tambah beban family kalau tiba-tiba jatuh sakit. Jadi takaful saya, suami dan anak-anak tidak boleh tidak, mesti terus survive. Ini satu-satunya back-up plan saya. 

Adakah keluarga berharap kepada anda? Jika YA, anda wajib ambil takaful.
Takaful tidak akan menjadikan anda kaya raya, tetapi memastikan keluarga anda tidak terbeban dengan ketiadaan anda!

Hanya caruman serendah RM3 sehari, anda mampu wujudkan tabung kecemasan RM50,000 yang akan berada bersama-sama anda di mana sahaja anda berada.

Tahukah anda, jika anda pernah di diagnose positif Covid-19, dan jika anda masih tiada lagi medical card atau life coverage, peluang untuk anda apply takaful pada masa akan datang amat tipis!

Sementara masih sihat dan kuat, ambil takaful. Bukan untuk saya, tapi untuk anda dan orang tersayang anda.




Kenali Cashflow Management

Assalamualaikum dan Hi,
Aliran tunai, adalah lebih penting – langkah utama sebelum membuat apa-apa pelaburan. Nak beli insurans / takaful pun, kena periksa cashflow juga. Saya sarankan anda ke Pakdi.net . Anda boleh langgani Panduan Cashflow yang ditulis oleh beliau. Senang difahami, dan bersesuaian dengan ‘iklim urus wang’ di Malaysia.

Aliran Tunai (Cashflow)
Selalu ke duit tak cukup bila hujung bulan gaji nak masuk? Atau tak kisah bila gaji masuk (maksudnya anda banyak duit tunai dalam bank)? Tak kisah apa jawapan anda, anda kena periksa anda berada di tahap mana pengurusan aliran tunai. Sama ada pendapatan melebihi perbelanjaan, ataupun normal orang kita – perbelanjaan melebihi pendapatan. 

Kalau kita sakit, doktor pun kena periksa badan anda sebelum merawat. Seperti juga pengurusan aliran tunai, anda kena periksa dahulu sebelum melakukan apa-apa tindakan ‘correction’. Kenapa kita perlu periksa dahulu? Supaya dapat melihat gambaran bagaimana anda memperolehi wang, gaya berbelanja (boros atau jimat) dan gaya hidup anda. Kalau anda selalu pergi Starbucks, tapi gaji bulanan hanyalah RM1500 – anda sedang menggali kubur kewangan anda sendiri.

Apa itu Pengurusan Aliran Tunai (cashflow management)?
Ia adalah proses melihat, analisis dan ubah aliran tunai peribadi anda. Ada dua komponen yang paling asas mengenai aliran tunai.

Aliran masuk ada DUA cabang utama:
  • Aliran aktif – datang dari pekerjaan anda atau bisnes anda sendiri (sambilan / penuh). Contoh adalah gaji. Bila kita berhenti kerja atau berbisnes, gaji akan berhenti. Bermakna memang bergantung pada kehadiran anda melakukan kerja / bisnes.
  • Aliran pasif – datang dari simpanan atau pelaburan. Ia datang tak kisah samada anda kerja atau tidak kerja sekalipun (tidur pun boleh dapat). Contoh biasa kita dengar adalah dividen ASB, sewa rumah atau royalti.
Aliran keluar pula, (saya ikut buku saya baca) ada TIGA cabang utama. Saya gunakan Perbelanjaan:
  • Perbelanjaan Tetap – perbelanjaan yang pasti anda akan lakukan. Ianya satu keperluan. Contoh, adalah pinjaman rumah, hire purchase loan (pinjaman kereta), premium insurans atau caruman Takaful, perbelanjaan anak seperti taska misalnya. Jumlah sentiasa atau hampir sama setiap bulan. 
  • Perbelanjaan Berubah-Rubah – jumlahnya tidak tetap setiap bulan. Boleh dikira satu keperluan juga. Contoh seperti belanja dapur, pakaian, bil telefon, bil elekrik atau barang-barang keperluan rumah. 
  • Perbelanjaan Tidak Penting – ia adalah pilihan. Beli, untuk rasa puas atau diri anda tidak perlukan sangat. Ada rasa bagus, tak ada pun tak apa. Contoh, makan malam di restauran seperti Kenny Rogers, baju berjenama, ASTRO, main paintball (hiburan) atau hiasan bunga dalam rumah.
Anda kena faham ini dulu, dan klasifikasi apa yang anda belanja berada dalam kategori mana. Jangan sebut ASTRO adalah keperluan dan letak dalam perbelanjaan tetap, anda sedang menipu diri sendiri. Juga seperti Unifi, tanya jujur pada diri anda – betulkah itu keperluan? Atau sekadar download drama Korea sahaja? 

Guna formula paling senang ‘giler’ ini.

Jumlah Aliran Masuk tolak Jumlah Aliran Keluar = Ada Lebihan

Ini bermaksud anda mempunyai aliran tunai yang positif dan sihat. Kalau RM1, pandai-pandai nilai sendiri adakah positif RM1 itu sihat?

Jumlah Aliran Masuk tolak Jumlah Aliran Keluar = Ada Pengurangan
Ini bermaksud anda mempunyai aliran tunai yang negatif dan tenat! Jadi anda berada dalam keadaan sangat bahaya. Jika anda berada dalam keadaan negatif, berkemungkinan BESAR anda akan meminjam untuk menjadikan ianya positif. Buat pinjaman peribadi, pinjam kawan, guna kad kredit (kad kredit digunakan jika anda ada duit, bukan ketika tak ada duit!) dan paling teruk, pinjam dari ah long.

Jika anda berada dalam keadaan positif, tapi RM50 sahaja. Anda juga berada dalam keadaan hampir bahaya. Bermaksud anda tidak mempunyai dana kecemasan yang besar, jika terjadi apa-apa kepada anda. Contoh seperti, anak demam, tayar bocor di jalan. Paling teruk, apa yang akan terjadi, JIKA anda dibuang kerja? Atau kehilangan upaya?

Di sini fungsi insurans / takaful, tapi saya tak nak cerita di sini apa itu insurans / takaful. Untuk sentiasa berada dalam aliran tunai sihat-sihat walafiat, disarankan anda menyimpan, menyimpan dan menyimpan. Lebihan wang itu bukan sahaja untuk dana kecemasan tapi anda sedang MENCIPTA PELUANG pelaburan di masa akan datang.

Pernah dengar konsep ‘Opportunity Cost‘? Jika dihadapan anda ada orang jual rumah dengan harga sangat murah, tapi disebabkan anda tidak menyimpan langsung – anda telah kehilangan peluang untuk membuat pelaburan paling terbaik ketika itu.

Berapa banyak perlu menyimpan LEBIHAN?
Jawapan saya, seberapa banyak yang boleh. Tapi kalau kewangan anda dah nazak sangat. Bermula dengan 10% dari jumlah pendapatan anda. Gaji RM4,000 maka RM400 lah anda simpan. Kalau setahun, anda menyimpan RM400 sebulan bermakna anda mampu menyimpan RM4,800 setahun. Memang tak boleh buat apa-apa lagi. Tapi dengan RM4,800 anda boleh gandakan dengan pembelian saham blue chip, menikmati dividen RM480 (jika dividen 10%), atau tunggu 2 tahun ke tiga tahun lagi, anda boleh membeli rumah berharga RM150,000.


Life Takaful atau Medical Card

Assalamualaikum dan Hi,
Ramai orang keliru antara life takaful dan medical card. Kebiasaannya, apabila saya buat survey dan FTF, ramai yang kata ada insurans, tapi sebenarnya merujuk kepada medical card. Jadi apa perbezaan antara keduanya? Yang mana lebih penting dan yang mana satu perlu di sediakan dahulu?

Secara umumnya, takaful ada dua pelan iaitu:
1. Life Takaful (Takaful Hayat)
2. Medical Card (Kad Perubatan)


Life Takaful
Dikenali juga sebagai INCOME REPLACEMENT ( Ganti gaji kita) jika sesuatu berlaku kepada kita.

1. Pampasan Kematian
Ramai orang menyangka pampasan kematian tidak penting tapi inilah yang paling penting. Sakit belum tentu tapi mati itu pasti. Bagaimana jika:
- ada yang bergantung dengan anda
- ada perut yang lapar jika anda tidak balik rumah dari kerja hari ini
- masih ada hutang yang belum dilangsaikan
- komitmen bulanan yang dikongsi bersama pasangan, yang akhirnya terpaksa di tanggung seorang oleh pasangan anda?

Sudahlah hilang orang tersayang, duit bulanan pula tidak mencukupi. Tambah lagi si suami yang bekerja, isteri pula suri rumah sepenuh masa. Ini lagi hukumnya wajib untuk plan takaful. Jadi anda perlu ambil plan Life Takaful untuk lindungi diri anda dan keluarga anda.

Ramai orang plan untuk melancong, berkahwin, plan benda benda yang happy, tapi lupa untuk plan benda yang pasti. Iaitu MATI.

2. Pampasan Hilang Upaya Menyeluruh Kekal 
Pampasan ini antara kedua elemen terpenting dalam plan takaful.  Jika anda lumpuh kekal/TPD (total permanent disability), loan rumah dan kereta masih perlu dibayar. Komitmen bulanan mesti dibayar. Namun kemungkinan besar anda sudah kehilangan kerja kerana sudah lumpuh. Oleh itu, jumlah pampasan yang anda perlukan sama seperti pampasan meninggal di atas.

3. Pampasan Penyakit Kritikal
Ramai orang tak sedar apabila seseorang ditimpa penyakit kritikal perkara pertama mereka akan hilang ialah pekerjaan kerana dah tak fit macam dulu. Tak kira anda kakitangan kerajaan atau swasta anda perlukan ini

Sebab apa?

Saya ada melihat dengan mata saya sendiri nurse kerajaan terkena kanser. Medical leave selama 2 tahun kemudian cuti tanpa gaji. Bayangkan tanpa gaji, dahlah kos ubat tinggi. Waktu ini, lagi perlu duit tapi waktu ini pula kena buang kerja. Jadi, di sinilah pampasan penyakit kritikal sangat diperlukan, dapat meringankan sedikit beban keluarga.

4. Waiver
Waiver adalah penepian caruman. Jika anda didiagnose cacat kekal, atau terkena salah satu penyakit kritikal, anda tak perlu lagi membayar plan takaful yang sebelum ini anda bayar setiap bulan. Saya pernah jumpa seorang client, ambil plan 1 juta pampasan meninggal dengan caruman RM600 sebulan. Tapi tiada waiver. Bayangkan, jika beliau kena penyakit kritikal, hilang kerja. Tapi masih kena bayar RM600 sebulan. Kan sangat membebankan. Oleh itu, tolong ambil.



Medical Card 
Dikenali juga sebagai INCOME PROTECTION (Lindungi Pendapatan) jika sesuatu berlaku kepada kita.

Medical card sekarang telah menjadi kemestian, tidak kira anda kakitangan kerajaan atau tidak ada beberapa treatment yang tidak dibiayai oleh kerajaan. Itu belum masuk perancangan kerajaan ingin meswastakan keseluruhan perkhidmatan hospital. Ya, maksudnya selepas ini tiada lagi caj hanya RM1-RM2 apabila pergi ke hospital.

Tapi tak mengapa, perkara ini mungkin dimplementasi sepenuhnya 3-10 tahun lagi, anda masih ada masa. Kita kembali ke tajuk, medical card fungsinya untuk membayar bil rawatan anda apabila anda masuk hospital. Tahukah anda? Kos rawatan di hospital sangat mahal.





















Lihatlah berapa ramai orang yang bankrap disebabkan hutang rawatan di hospital. Anda rasa kos hospital main main?? Cuba pergi tanya kaunter hospital swasta.

Berapa perlu deposit jika anda tiada medical card. Hampir 1K-10K. Ini deposit sahaja Mengikut kajian, hampir 60% orang bankrap hutang kad kredit ialah kerana ingin membiayai kos hospital.

Jika tiada medical card, kemungkinan semua duit simpanan kita akan habis untuk membiayai kos rawatan. Jika tidak cukup, anda mungkin perlu meminta bantuan dari saudara mara, kawan-kawan, pihak atasan dan sebagainya. Ini baru cerita di hospital, bagaimana pula dengan kos sara hidup bulanan anda?


Mana yang lebih penting?
Life takaful dan Medical card mempunyai kepentingan yang tersendiri dan anda perlu kira bajet dan aset yang anda ada untuk anda lindungi. Bagi pendapat saya, jika anda mempunyai bajet yang agak terhad, sila ikuti langkah di bawah:



Seperti yang di sarankan oleh AIA Public Takaful,

Langkah 1: A-Life Kasih Famili
Pelan life takaful serendah RM1.60 sehari untuk protect anda dan keluarga.

Ambil pelan Life Takaful dahulu, protect diri anda dan keluarga, sediakan income replacement yang secukupnya. Anda tiada pilihan lain, jika sesuatu berlaku kepada anda!

Langkah 2: A-Life Medik Famili
Medical card mampu milik dengan perlindungan sehingga 100 tahun.

Kenapa medical card pilihan kedua? Kerana anda masih ada pilihan untuk ke Hospital Kerajaan. Tapi jika anda tidak mampu bekerja, siapa yang akan tolong anda bayar semua komitmen bulanan anda?


Income replacement atau Income protection


 Assalamualaikum dan Hi,
Sebenarnya ramai orang keliru dengan dua terms ini. Jadi, topik hari ini saya akan kupaskan tentang perbezaan antara keduanya.

Penggantian Pendapatan (Income Replacement)
Satu pelan yang berfungsi untuk menggantikan pendapatan jika anda tidak mampu lagi bekerja kerana cacat kekal atau menghidap penyakit kritikal.  Pelan ini juga berfungsi sebagai penggantian pendapatan kepada individu yang anda tanggung (seperti pasangan dan anak-anak) apabila berlaku kematian. 

Pelan yang sesuai untuk income replacement adalah pelan hayat takaful atau simpanan anda sendiri (jika mencukupi).

Bagaimana untuk kira Income Replacement? 
Jumlah yang perlu diambil kira adalah 10 tahun pendapatan anda. Jika gaji tahunan adalah RM40,000, maka jumlah income replacement yang perlu diambil adalah RM400,000 (jika tiada simpanan).

Fungsi utama untuk income replacement adalah untuk menanggung perbelanjaan seperti berikut:

1.Perbelanjaan (anak-anak dan pasangan)
2.Bayaran ansuran hutang yang tidak mempunyai insuran 
3.Kos pendidikan anak-anak 
4. Lain-lain

Perlindungan Pendapatan (Income Protection) 
Satu pelan yang berfungsi untuk melindungi pendapatan anda jika menghadapi masalah kesihatan atau kemalangan yang menyebabkan anda terpaksa dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Pelan ini memastikan pendapatan bulanan anda dilindungi dan tidak diusik apabila anda dimasukkan ke hospital. 

Pelan yang sesuai untuk income protection ini adalah kad perubatan (Medical Card) yang disediakan oleh syarikat takaful/insuran atau syarikat anda sendiri.

Adakah Income Protection Sudah Mencukupi?
Jika anda sudah mempunyai kad perubatan, anda sudah melindungi pendapatan anda. Namun, anda perlu pastikan manfaat kad perubatan anda adalah mencukupi untuk memastikan pendapatan anda dilindungi sepenuhnya.

Kebanyakan rakyat Malaysia mempunyai Income Protection tetapi tidak ramai yang mempunyai Income Replacement yang mencukupi.